Sukma 2024 di Sarawak capai sifar doping

GEORGETOWN – Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak berjaya mencapai sifar doping.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Azura Abidin berkata, hasil analisis yang diambil daripada 13 sampel atlet Sukma didapati negatif hasil bahan terlarang.

“Hasil analisis yang baharu diperoleh pada minggu ini mendapati negatif sekali gus Sukma 2024 kali ini bebas daripada doping,” kata Azura seperti yang dilaporkan Bernama.

Azura juga turut berbangga kerana temasya kali ini menunjukkan bebas daripada pengaruh bahan terlarang yang sememangnya menjadi hasrat Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas).

Sementara itu, Azura menjelaskan lebih 60 atlet Para Sukma turut diuji namun hasil analisis sampel mereka belum diperoleh.

“Pihak kerajaan memandang serius perkara ini kerana ia bukan hanya menjejaskan atlet tetapi sukan dan negara,” kata Azura lagi.

Azura turut menegaskan pelbagai usaha diambil untuk memastikan persekitaran sukan bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

PEMILIHAN Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilihat bertepatan dengan keperluan memperkukuh kawalan pintu masuk negara, khususnya dalam membanteras kegiatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini