Maritim Malaysia rampas 700kg ikan campur di Pulau Usukan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menahan sebuah bot pukat tunda yang melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di kedudukan 1.2 batu nautika Barat Laut Tanjung Kunit, Pulau Usukan, pada baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, penahanan dilakukan oleh bot peronda yang menjalankan operasi rondaan rutin berdasarkan pemantauan berterusan dan laporan dari Pusat Pengawasan Laut Maritim Negeri Sabah (Swasla).

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut melanggar syarat sah lesen dengan menunda di bawah tiga batu nautika.

“Selain itu, juragan dan lapan awak-awak warganegara Indonesia juga melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika seperti yang dibenarkan.

“Bot yang ditahan bersama ikan campur dianggarkan seberat 700kg itu telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia, Sepanggar untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, pada Selasa.

Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta.

Katanya, Swasla sentiasa memantau kawasan tumpuan di mana aktiviti nelayan yang ingkar sering dilakukan.

Sementara itu, beliau menyeru kepada orang awam terutamanya komuniti maritim, untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan melalui saluran yang betul.

Justeru, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah di talian 088-270165 atau talian kecemasan 999 bagi maklumat dan aduan segera.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur