Komuniti Madani jentera komunikasi dasar kerajaan kepada rakyat

IPOH – Komuniti Madani adalah salah satu platform penting untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih berhubung dasar serta inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, supaya sampai kepada rakyat secara berterusan.

Exco Komunikasi, Multimedia Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, sebanyak 177 buah Komuniti Madani ditubuhkan di negeri Perak melibatkan 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, antara kriteria penubuhan komuniti tersebut termasuklah komitmen pemimpin dan masyarakat setempat; kawasan penempatan yang bersesuaian serta penglibatan masyarakat pelbagai kaun, jantina dan umur.

“Komuniti ini menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat.

“Mereka adalah jentera komunikasi yang sangat penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat serta mendapatkan maklum balas rakyat seperti keperluan pembangunan untuk disampaikan kepada kerajaan,“ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jalinan Mesra Komuniti Madani Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini pada Sabtu yang turut hadiri Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Yosri Abu Mahsin.

Turut disampaikan watikah penubuhan rasmi 2024 Komuniti Madani kepada wakil-wakil komuniti seluruh Perak yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya komuniti ini mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak hingga peringkat akar umbi.

Sementara itu, Mohd Azlan berkata, Perak telah menerima peruntukan RM1.06 juta daripada Kementerian Komunikasi bagi tempoh setahun untuk menggerakkan Komuniti Madani di negeri ini.

Ujar beliau, peruntukan itu merangkumi pemberian geran pentadbiran sebanyak RM3,000 kepada setiap komuniti dan bagi Peruntukan Fasa 1 (bulan Mac hingga Jun 2024) jumlah yang telah disalurkan sebanyak RM531,000.

“Peruntukan ini merangkumi pemberian geran pentadbiran sebanyak RM3,000 kepada setiap komuniti.

“Bagi Peruntukan Fasa 1, sebanyak RM531,000 telah disalurkan yang dipecahkan untuk Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Komuniti Madani sebanyak RM2,000 bagi setiap komuniti dan RM1,000 di peringkat Parlimen.

Manakala, jelasnya, baki peruntukan seterusnya untuk Fasa 2 (bulan Julai hingga Oktober 2024) dengan jumlah pecahan yang sama akan digunakan bagi komuniti tersebut melibatkan peringkat DUN pula.

“Difahamkan sehingga 9 Oktober 2024, peruntukan telah dibelanjakan dengan pencapaian pelaksanaan program sebanyak 96 peratus,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan