Kerajaan peruntukkan RM209 juta bagi reformasi undang-undang dan institusi

SEBANYAK RM209 juta diperuntukkan untuk Bahagian Hal Ehwal Undang-undang daripada RM194 juta, selaras dengan komitmen kerajaan untuk pembaharuan undang-undang dan institusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini.

Anwar berkata, lebih RM60 juta diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur kehakiman, termasuk pembangunan sistem e-Justice.

Tambahnya, kerajaan akan menubuhkan Pasukan Pembaharuan Undang-undang untuk mengemas kini lebih 3,000 undang-undang lapuk.

Di samping itu, kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang Kredit Pengguna dan menubuhkan Lembaga Pemantau Kredit Pengguna untuk mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit.

“Sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan bagi mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit seperti syarikat pemfaktoran, pemajakan bukan bank dan “Beli Sekarang Bayar Kemudian”, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit