Saluran berpusat dibentuk di UTC bagi kemudahan rakyat mohon bantuan

KERAJAAN bersetuju membentuk saluran berpusat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi membantu golongan memerlukan memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat, ada kalanya ia merumitkan rakyat untuk memohon kerana membabitkan pelbagai kementerian dan agensi dengan kriteria berbeza.

“Masih terdapat keperluan menambah baik beberapa hal dilihat merumitkan rakyat yang mahu berurusan dengan kerajaan.

“Ada sesetengah kes terpaksa mengambil cuti untuk menyelesaikan permohonan.

“Ada kala juga perlu beratur panjang untuk nombor giliran dan sekiranya habis, terpaksa datang pada hari lain.

“Ini belum lagi rakyat dibebankan dengan mengisi pelbagai borang untuk maklumat yang sama,” katanya.

Dalam menguruskan isu pensijilan halal, lerajaan akan menambah 100 lagi juruaudit halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal.

Anwar, berkata sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.

“Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan SME Bank turut menawarkan pembiayaan khusus kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) halal dengan dana tersedia hampir RM600 juta.

“Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad juga sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal dengan nilai jaminan sehingga RM1 bilion,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar