RUU Mufti tidak hakis, ketepikan kuasa Agong

PUTRAJAYA – Tuduhan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan mengetepikan sistem raja berperlembagaan sehingga melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah persepsi tidak tepat dan tersasar.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan berkata, RUU Mufti menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung semua perkara hukum syarak di Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, satu daripada seksyen dalam RUU itu menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Seri Paduka dalam semua perkara hukum syarak, tambahan pula mereka merupakan pihak berkuasa utama semua hukum syarak di wilayah-wilayah Persekutuan.

“Banyak persepsi kurang tepat yang mungkin pihak tidak berautoriti mendakwa RUU Mufti akan menyebabkan kuasa Yang di-Pertuan Agong terhakis. Ia tidak benar kerana tidak melangkaui kuasa Seri Paduka Baginda.

“Satu daripada seksyen dalam RUU itu menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Seri Paduka dalam semua perkara hukum syarak, tambahan pula mereka merupakan pihak berkuasa utama semua hukum syarak di wilayah-wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat khas mengenai RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) kepada ‘Key Communicators’ Kerajaan, hari ini.

Dalam pada itu, Jamali berkata, RUU Mufti Wilayah Persekutuan dibawa ke Parlimen dan dinamakan akta kerana kuasa membuat undang-undang bagi Wilayah Persekutuan terletak di bawah kuasa Parlimen, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dan bukan untuk pemakaian di seluruh negara atau Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, katanya, undang-undang itu hanya terpakai untuk orang Islam saja membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan tidak melangkaui negeri lain, seperti yang termaktub Sub-seksyen 1 (2) RUU Mufti Wilayah Persekutuan.

“Tiada tekanan atau paksaan bagi RUU Mufti Wilayah Persekutuan diterima pakai di negeri, malah Dewan Undangan Negeri (DUN) kekal mempunyai kuasa tersendiri seperti dinyatakan dalam Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“RUU Mufti bertujuan memperjelaskan dan memperkukuhkan institusi mufti dan kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan,” katanya.

Sebelum ini, peguam Latheefa Koya mendakwa RUU Mufti Wilayah Persekutuan akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dakwanya, Fasal 4(1) RUU tersebut menjadikan mufti sebagai ‘pihak paling berkuasa’ dalam hal-hal undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan selain Seri Paduka.

Related Posts

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji

AYER KEROH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebab untuk istilah ‘sakau’ dipersoalkan apabila terdapat bukti kehilangan dana dalam Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk jumlah berbilion ringgit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AUKU dimansuh, akta baharu pendidikan tinggi lebih komprehensif bakal digubal – Menteri

PUTRAJAYA – Kerangka perundangan pendidikan tinggi negara akan diperbaharui menerusi penggubalan akta baharu yang lebih komprehensif bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji

AUKU dimansuh, akta baharu pendidikan tinggi lebih komprehensif bakal digubal – Menteri

AUKU dimansuh, akta baharu pendidikan tinggi lebih komprehensif bakal digubal – Menteri

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan