Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh pesara Felcra

KUBANG PASU – Seorang kontraktor bersama anak saudaranya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, pada 4 September lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nurul Huda Idris selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26.

Kedua-dua suspek sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.15 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.

Mengikut kertas pertuduhan, Mazuan dan Muhd Asyraf didakwa secara bersama melakukan bunuh dengan niat ke atas Sabari pada jam 5.30 pagi pada 4 September lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di titi Kampung Empa, Sungai Padang Terap dalam daerah Kubang Pasu.

Oleh itu, mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minimum 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Noridien serta Mohamad Rizal Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurul Huda kemudian menetapkan tiada jaminan dibenarkan ke atas kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Januari tahun depan.

Pada Rabu lalu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kes bunuh Sabari dan dokumen itu sudah dirujuk kepada Khairul Anuar pada Isnin lalu.

Media sebelum ini melaporkan Sabari yang tinggal seorang diri di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling, hilang sejak 4 September dan kereta Proton Waja dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik pada 20 September.

Polis kemudian mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap berhampiran Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra, dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat susulan penahanan dua lelaki itu.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK