Bentuk muka bumi, persekitaran antara punca kerap banjir

IPOH – Masalah kejadian banjir yang kerap berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri dalam daerah Perak Tengah sejak 10 tahun lalu dikenal pasti berpunca daripada bentuk muka bumi dan geografi persekitaran yang rendah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, susulan hasil perjumpaan bersama Pegawai Daerah (DO), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan wakil agensi kerajaan Persekutuan/Negeri kelmarin, beberapa perkara telah dimaklumkan berkaitan permasalahan tersebut.

Jelasnya lanjut, sekolah terbabit dibangunkan di kawasan tanah bendang selain persekitaran dikelilingi oleh ladang kelapa sawit yang menyebabkan semua air larian hujan (final discharge) dari ladang kelapa sawit mengalir masuk ke kawasan sekolah sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

“Semakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Perak Tengah mendapati bahawa sistem perparitan sekolah didapati tidak sempurna dan tidak diselenggara dengan baik.

“Selain itu, struktur sistem perparitan sedia ada iaitu jenis parit tanah tidak mampu untuk menampung air larian hujan yang banyak menyebabkan air larian dalaman sekolah tidak dapat keluar dengan sempurna ke parit buang JPS,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Khairudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, SMK Lambor Kiri juga dibina berhampiran dengan terusan utama bagi Pengairan Seberang Perak.

“Faktor ini juga mempengaruhi keadaan banjir kerana ketika musim menanam padi, air perlu disalurkan ke petak sawah yang akan menyebabkan berlakunya kenaikan aras air di sepanjang jajaran terusan utama tersebut,” jelasnya.

Susulan itu, bagi mengurangkan impak banjir di kawasan sekolah, beliau berkata, JPS telah memasang dua pintu kepak (flap gate) masing-masing pada 7 Oktober 2022 dan 25 Ogos 2023 di kawasan parit buang.

“Pemasangan pam mudah alih untuk mengeluarkan air yang bertakung di kawasan sekolah juga telah dilaksanakan JPS Daerah Perak Tengah pada 9 Oktober 2024,” kata Khairudin lagi.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff