Pembangunan sumber manusia Kor RRD wajar diberi fokus – Raja Perlis

KANGAR – Pembangunan sumber manusia meliputi aspek kepimpinan, pengetahuan dan kemahiran perlu diberi fokus oleh pengurusan tertinggi Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, kepimpinan kor perlu menyediakan pelan reformasi bagi memastikan warga kor dapat memenuhi keperluan melaksanakan tugas dengan standard yang sewajarnya.

“Bermula dari pemilihan, latihan hingga perkembangan kerjaya, penekanan harus diberi kepada aspek tahu mengapa (know why) dan tahu bagaimana (know how),” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Pertama dan Kedua RRD di Kem Bukit Cowder di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut Tuanku Syed Sirajuddin, RRD adalah entiti pertahanan negara yang rapat dengan baginda sejak 25 tahun lalu.

Baginda juga menyedari bahawa kertas putih pertahanan yang diterbitkan lima tahun lalu merupakan usaha kerajaan memperkukuh pertahanan negara.

“Antara strategi penting adalah membina Angkatan Masa Hadapan yang mampu menghadapi keperluan semasa dan transformasi kesiapsiagaan bagi menangkis pelbagai ancaman,” titah baginda.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam