TUDM tawar bantuan jika banjir besar semasa peralihan monsun

ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia untuk membantu sekiranya berlaku banjir besar ketika tempoh peralihan monsun.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Asghar Khan Goriman Khan berkata, semua lokasi di kawasan tinggi dan tempat pendaratan helikopter sudah dikenal pasti di seluruh kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

“Sekarang, ia tidak kritikal, jadi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menguruskannya.

“Tetapi jika diperlukan, kami sentiasa sudah bersedia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan 2024 kepada 29 pelatih juruterbang di Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Asghar Khan turut mengingatkan anggota serta pegawai TUDM supaya terus mengekalkan tahap profesionalisme selain mengelak daripada terjebak dengan salah laku.

“Anggota tentera perlu mengelakkan salah laku seperti penyalahgunaan dadah, rasuah, perjudian dan buli, atau sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej ketenteraan

“Angkatan tentera memerlukan anggota yang boleh mengikut arahan dengan tepat bagi memastikan keselamatan mereka sendiri terjaga semasa operasi penerbangan dan dalam melaksanakan tugas.

“Kita melatih pegawai, juruterbang dan anggota TUDM lain malah kita turut mengendalikan sistem pesawat bernilai berbilion ringgit, dan kosnya sangat tinggi malah di dunia hari ini, segalanya bergantung pada teknologi canggih dan terkini, ” katanya.

Jelasnya lagi, TUDM tidak mampu untuk mempunyai anggota yang gagal mencapai standard. TUDM mesti mematuhi peraturan, mengekalkan disiplin dan mengikuti semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017