MAIPs, FGV bekerjasama bantu asnaf

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Kumpulan FGV komited menjalinkan kerjasama bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan asnaf di Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor, berkata kerjasama ini bertujuan memberi sokongan dalam pembangunan kemahiran asnaf serta menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik, sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

“Komitmen ini dizahirkan sempena Majlis Persembahan Zakat Perniagaan Kumpulan FGV bagi tahun 2023 berjumlah RM201,267.

“Zakat tersebut telah diserahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs di ibu negara baru-baru ini,” katanya.

Pada majlis itu, Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd. Isa, menyerahkan zakat perniagaan kepada Raja Muda Perlis.

Turut diadakan ialah penyerahan Surat Niat Kerjasama antara MAIPs dan FGV untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada asnaf.

Surat tersebut disampaikan oleh Mohd. Nazim kepada Ketua Pertanian Bersepadu FGV Holdings Berhad, Abdul Razak Aya.

Kerjasama strategik ini melibatkan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd. dan FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGVIF), yang akan membuka peluang pekerjaan di kawasan pertumbuhan pertanian baharu, FGV Agro Food-Valley di Chuping, Perlis.

“Melalui kerjasama ini, lebih banyak peluang akan dibuka kepada golongan asnaf untuk meningkatkan kemahiran dan menyertai pasaran kerja, seterusnya memperbaiki kehidupan mereka dan keluarga,” jelas Mohd. Nazim.

“Majlis ini bukan sahaja platform untuk pengagihan zakat, tetapi juga langkah awal dalam usaha pemberdayaan komuniti,” tambahnya.

ATAM MAIPs kini telah bekerjasama dengan 23 rakan strategik dari pelbagai industri dan pusat latihan, yang telah memberi impak kepada sekitar 1,300 peserta asnaf di Perlis.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017