Pendedahan sindiket visa perubatan warga asing bukti kerajaan komited tangani jenayah tatakelola

PUTRAJAYA – Siasatan pihak berkuasa terhadap sindiket visa perubatan melibatkan warga asing membuktikan komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani masalah tatakelola di dalam agensi kerajaan.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perkara tersebut dilihat wabak yang menggugat kemajuan pembangunan negara.

Beliau percaya kegiatan terbabit bukan hanya terjadi dalam tempoh setahun mahupun dua tahun tetapi sudah lama berakar sehingga ia sukar untuk dibanteras sepenuhnya dalam masa yang singkat.

“Kita memandang serius dan berasa kecewa dengan amalan dan kegiatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang masih berlaku dalam badan dan agensi kerajaan.

“Dengan pendedahan dakwaan kegiatan sindiket visa perubatan ini, kita yakin dan percaya hasil siasatan akan membawa kepada penemuan yang lebih kritikal dan mengenal pasti dalang terlibat serta seterusnya mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad Kamil berkata, usaha membanteras gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa perlu terus dipergiat dan disambut oleh ketua-ketua jabatan agar tadbir urus yang lebih cekap dan beramanah dapat dilaksana secara holistik.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PKR menegaskan perbuatan khianat tidak seharusnya diberi ruang, khususnya melibatkan agensi penguat kuasa yang mengawal kemasukan warga asing ke Malaysia.

“Pendedahan terbaharu ini jelas menunjukkan agensi penguat kuasa sedang giat menjalankan operasi pembersihan, selaras dengan hasrat Kerajaan Madani.

“Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan di bawah PMX untuk menangani masalah tatakelola dan pengurusan yang dilihat selama ini adalah merupakan punca utama mengganggu agenda kita untuk terus bergerak maju ke hadapan,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyita 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) berkait siasatan sindiket visa perubatan membabitkan warga asing disyaki didalangi pegawai Jabatan Imigresen (JIM).

Menurut suruhanjaya itu, sitaan dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan pegawai Imigresen yang dikatakan mengeluarkan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban turut mengesahkan siasatan itu dan memaklumkan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil selain tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbukti mempunyai salah laku melanggar peruntukan undang-undang.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH