Keputusan bawa pulang Malbatt dari Lubnan akan ditentukan Unifil – Khaled

SEBARANG keputusan membabitkan pegawai dan anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 termasuk membawa balik pasukan itu akan dilakukan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pasukan Malbatt ketika ini mengekalkan kedudukan mereka di selatan Lubnan namun operasi rondaan masih dihentikan.

“Kita tertakluk kepada Unifil yang akan buat keputusan berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman dalam kawasan operasi,” lapor Bernama pada Khamis.

Khaled memaklumkan, pegawai dan anggota serta aset pasukan Malbatt ketika ini tidak terjejas dan berada dalam keadaan baik.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, Unifil mengesahkan pasukan pengaman masih ditempatkan di pelbagai lokasi di seluruh Lubnan, dengan rancangan kecemasan sedia untuk diaktifkan jika diperlukan.

Sabtu lalu, jurucakap pasukan pengaman, Andrea Tenenti, mengesahkan tentera Israel memaklumkan kepada Unifil pada 30 September mengenai niatnya untuk melancarkan serangan darat terhad ke wilayah Lubnan dan meminta penempatan semula beberapa kedudukan pasukan itu.

Menurut laman web pasukan interim itu, setakat 2 Sept lepas pasukan pengaman Unifil terdiri daripada 10,058 individu dari 50 negara.

Related Posts

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin