Malaysia dalam usaha sambung semula rundingan FTA dengan EU

VIENTIANE – Malaysia menzahirkan hasratnya untuk menyambung semula perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia- Kesatuan Eropah (EU), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi pertemuan dua hala dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, Anwar turut berkongsi beberapa pandangan mengenai Peraturan Bebas Penebangan Hutan (EUDR) EU, yang memberi kesan langsung kepada industri minyak sawit negara.

“Saya menggunakan pertemuan ini untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan EU, selain bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik serantau dan antarabangsa.

“Antara lain, kami bersetuju untuk berusaha ke arah meningkatkan kerjasama strategik Asean-EU, khususnya semasa Malaysia menjadi pengerusi Asean tahun depan,” katanya.

Mesyuarat dua hala itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di sini.

September lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa Malaysia secara rasmi bersedia untuk menyambung semula rundingan FTA dengan EU, menyasarkan perjanjian muktamad.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan rundingan itu menghasilkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara