Kesihatan mental di tempat kerja jangan dipandang remeh

IPOH – Dalam dunia yang semakin mencabar, kesihatan mental di tempat kerja menjadi isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Kesihatan mental di tempat kerja merujuk kepada kesejahteraan psikologi dan emosi pekerja yang memainkan peranan penting dalam produktiviti, kepuasan kerja serta pengurangan kadar ketidakhadiran.

Menurut Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan, tanda-tanda masalah kesihatan mental di tempat kerja antaranya adalah penurunan prestasi kerja, ketidakupayaan memberi tumpuan termasuk perubahan dalam tingkah laku melibatkan peningkatan tidakpuasan atau konflik.

“Justeru, sokongan dan tanggungjawab oleh semua pihak penting bagi membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental dalam memastikan kesejahteraan mereka.

“Semua pihak termasuk majikan, pekerja dan masyarakat harus terus bekerjasama bagi mengutamakan kesihatan mental yang seimbang dalam meningkatkan kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program Hari Kesihatan Mental Sedunia anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini pada Khamis.

Seramai 250 warga kerja, pelajar PUO dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta hadir pada program tersebut.

Mengulas lanjut, Sivanesan menjelaskan, kajian menunjukkan bahawa persekitaran kerja yang menyokong kesihatan mental boleh mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan dalam kalangan pekerja.

“Statistik yang membimbangkan menurut laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu daripada empat orang akan mengalami masalah kesihatan mental pada suatu ketika dalam hidup mereka.

“Antara kaedah awal untuk membantu golongan ini adalah dengan mewujudkan suasana yang menimbulkan rasa selamat sebagai satu dorongan kepada mereka dengan memberi perhatian kepada persekitaran mengenai tanda-tanda awal masalah kesihatan mental kalangan rakan sekerja.

“Sokongan emosi seperti kaunseling, sokongan secara psikologi, kewujudan persekitaran kerja yang positif, waktu rehat yang mencukupi dan aktiviti berkumpulan antara kaedah terbaik,” katanya.

Malah beliau berkata, penglibatan pekerja dalam proses pengambilan keputusan dapat meningkatkan rasa keterujaan dalam bekerja dan motivasi untuk memberikan yang lebih baik setiap hari di tempat kerja masing-masing.

Sivanesan berkata, semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk membantu individu yang menghadapi masalah mental termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“NGO boleh memainkan peranan di dalam membantu anggota kesihatan dalam mengenalpasti pesakit mental, membantu memberi sokongan dan latihan kepada keluarga di dalam mengendalikan pesakit mental serta memberi kesedaran kepada komuniti di dalam mengurangkan stigma yang sebenarnya masih berlaku sehingga hari ini,” ujarnya.

Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun merupakan satu inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kesihatan mental di seluruh dunia dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, tema “Utamakan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja”, merupakan satu topik yang amat relevan dan bersesuaian dalam usaha untuk memastikan kesihatan mental yang seimbang dalam meningkatkan kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling