Galak anak-anak pelajari STEM bina negara maju, berdaya saing – Lih Kang

MENTERI Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang menyeru agar pertubuhan komuniti dan juga persatuan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama kementerian mengalakkan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam masyarakat.

Hal ini menurut beliau, STEM penting untuk membina sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan berdaya saing.

“Saya yakin masih ramai anak-anak kita yang berminat untuk mempelajari STEM. Mereka inilah yang akan menjadi doktor, saintis, jurutera, pengekod dan sebagainya.

“Justeru, saya harap program-program seperti Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics dapat diperluaskan lagi.

“Saya juga menyeru agar pertubuhan komuniti dan juga persatuan NGO untuk sama-sama kita mengalakkan aktiviti-aktiviti berkaitan STEM dalam masyarakat. Ini penting untuk kita bina sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan berdaya saing,” ujar Lih Kang.

Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) diteruskan dengan sasaran memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM dalam usaha membina bakat berkemahiran tinggi bagi mencapai sasaran negara bertekonologi tinggi menjelang 2030.

Pelaksanaan MSN adalah selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta agenda Malaysia Madani agar bidang STEM diberikan tumpuan untuk mencipta bakat seiring dengan kepesatan pembangunan sains, teknologi dan inovasi, seterusnya memenuhi keperluan industri khususnya dalam sektor-sektor teknologi membangun seperti kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT), robotik, blockchain, data raya dan sebagainya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok