Anwar cadang Asean struktur semula ekonomi, urus perbezaan

DATUK Seri Anwar Ibrahim dalam sesi pleno di Sidang Kemuncak Asean Ke-44 menyatakan keperluan untuk Asean menstruktur semula ekonomi dengan memusatkannya kepada kekuatan setiap negara anggota, selain berusaha menguasai rantaian bekalan serantau.

Perdana Menteri menegaskan, langkah ini penting untuk memperluas penerokaan potensi Asean dalam perdagangan dan memperkukuh daya tahan ekonomi serantau.

Ini sekali gus berupaya mencapai matlamat menjadikan Asean sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, kata Anwar.

Selain itu beliau turut menegaskan, kepentingan untuk rakan-rakan anggota Asean mengutamakan dialog dan perbincangan dalam menguruskan perbezaan bagi terus ketegangan geopolitik dan polarisasi yang kian memuncak tidak memecahkan hubungan dan kerjasama Asean.

“Asean harus cekal dan kukuh pendirian dalam menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia bahawa blok ini akan kekal bersatu dan terus menjadi pemacu utama keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu Anwar juga menzahirkan simpati buat rakyat Lao PDR, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam yang dibadai Taufan Yagi baru-baru ini.

“Malaysia menyatakan komitmen dan kesediaan untuk membantu usaha pemulihan rakan-rakan negara Asean yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi