Sultan Nazrin titah isu ajaran sesat, GISBH ditangani ke akar umbi

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya segala pergerakan ajaran sesat termasuk isu berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di negeri ini ditangani sehingga ke akar umbi.

Titah tersebut dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, menghadap baginda Isnin lalu.

Menurut Saarani, dalam pertemuan tersebut, beliau telah mempersembahkan kepada Sultan Nazrin laporan penuh hasil Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berhubung isu GISBH serta beberapa perkara berkaitan unsur-unsur ajaran sesat di negeri ini.

“Saya telah mempersembahkan laporan yang disediakan JAIPk kepada Tuanku pada Isnin lalu. Ia bukan sahaja melibatkan isu GISBH semata-mata tetapi segala unsur-unsur berkaitan ajaran sesat di negeri ini yang ditemui oleh JAIPk.

“Tuanku akan mengambil tindakan dengan memanggil Mufti (Jabatan Mufti) dan JAIPk bagi tindakan seterusnya sebab kita ada Majlis Fatwa Negeri yang perlu bersidang,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma ke 21 Sarawak 2024 di Hotel Kinta Riverfront, pada malam Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sultan Perak turut memberi pandangan sama berhubung isu tersebut kerana ia berkaitan dengan akidah.

“Sebahagian besar daripada mereka yang terjebak dalam ajaran sesat tersebut adalah di luar sedar. Justeru, kita juga akan mengambil tindakan bagi memulihkan akidah mereka,”jelasnya.

Sebelum ini, Saarani memaklumkan isu tersebut secara dasarnya di bawah kendalian Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan Sultan Nazrin.

Media juga pernah melaporkan, Sehingga 26 September lalu, seramai 55 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berjaya diselamatkan susulan serbuan Op Global membabitkan rumah amal kendalian GISBH di Perak.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu