Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi

PUTRAJAYA – Kerajaan Madani akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun harga barangan seperti minyak masak, petrol dan tepung lebih murah di Malaysia berbanding negara serantau, masih terdapat keperluan untuk memberi tumpuan kepada menaikkan tahap pendapatan.

“Tahap pendapatan tidak naik (walaupun) produktiviti atau pelaburan meningkat. Kami perlu memberi tumpuan kepada isu ini. Inilah yang saya laksanakan dalam perkhidmatan awam.

“Kami menaikkan gaji penjawat awam, yang tidak diberi perhatian sejak 12 tahun lalu.

“Kita perlu menjaga pekerja kita. Kemudian, kita boleh menggunakan dorongan moral terhadap konglomerat sektor swasta. (Sebagai contoh), jika anda mencatatkan keuntungan antara RM1 bilion dan RM4 bilion, anda tidak boleh (mewajarkan) membayar pekerja anda dengan cara sedemikian.

“Oleh itu, saya rasa perlu ada tekanan untuk menaikkan tahap pendapatan kerana, walaupun terdapat kebimbangan mengenai harga, ia adalah kerana gaji yang rendah,” kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan, kadar inflasi Malaysia hingga Ogos lalu mereda kepada 1.9 peratus tahun ke tahun, berada sedikit di bawah jangkaan.

Menurut DoSM, inflasi pada Ogos didorong peningkatan bagi kumpulan utama restoran dan perkhidmatan penginapan (3.2 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.1 peratus) serta rekreasi, sukan dan kebudayaan (2.0 peratus).

Mengenai gaji penjawat awam, Anwar mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Ini adalah pelarasan gaji yang pertama dalam tempoh 12 tahun dan juga langkah tepat pada masa berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas kerjasama dengan Iran

PUTRAJAYA – Malaysia dan Iran dalam usaha memperluas kerjasama khususnya dalam bidang infrastruktur, teknologi, telekomunikasi, pendidikan dan keterjaminan makanan.  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor