Pengukuhan ringgit tambah keyakinan pelabur

PUTRAJAYA – Mata wang ringgit belum mencapai nilai saksama walaupun mencatatkan peningkatan berbanding dolar AS baru-baru ini dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia masih berada di bawah nilai sebenar (walaupun) pada kadar RM4.10 (berbanding dolar AS). Orang ramai tahu bahawa ia pernah berada pada kadar RM3.80 tetapi lebih baik ia mengukuh secara berperingkat tanpa campur tangan.

“Biarkan kuasa pasaran menentukan. Ia akan mencerminkan keyakinan terhadap dasar kerajaan dan cara kami melaksanakan pembaharuan,” kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, ringgit merosot kepada 4.2155/2240 berbanding dolar AS daripada 4.1230/1280 minggu lepas.

BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar AS daripada RM4.55 sebelum ini, memaparkan prestasi cemerlang ringgit pada suku ketiga 2024.

Sebahagian penganalisis lebih optimis dan mengunjurkan ringgit akan mencecah RM3.55 berbanding dolar AS.

Walaupun mengakui ringgit yang lebih kukuh boleh mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pengeksport berdasarkan Malaysia adalah negara berorientasikan eksport, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu tidak begitu membimbangkan berikutan mata wang tempatan masih berada di bawah nilai.

“Ya, ia akan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pengeksport (tetapi) tidak begitu ramai dan tidak terlalu serius kerana ia masih berada di bawah nilai.

“Bagaimanapun, ia telah memberikan banyak manfaat kerana kita adalah negara perdagangan dan banyak mengimport dari luar negara,” kata beliau ketika ditanya sama ada ringgit yang lebih kukuh atau lemah akan memberi kelebihan kepada Malaysia.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi. Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan