Proton Wira terjunam dalam Sungai Santap, pemandu ditemukan lemas

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas Proton Wira dipandunya terbabas dan terjunam ke Sungai Santap, Jalan Pokok Sena di sini, hari ini.

Muhammad Noor Fadzil Mustapha, 25, dipercayai meninggal dunia di lokasi pada kejadian di Kampung Baru, Telaga Mas, di sini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Abd Fataf Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu, jam 10.25 pagi.

“Pada mulanya, kami menerima maklumat terdapat dua mangsa dalam kereta itu namun selepas melakukan pemeriksaan, hanya seorang mangsa sahaja terbabit.

“Operasi turut disertai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jitra.

“Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya, mangsa masih berada di tempat duduk pemandu ketika kejadian.

“Proton Wira itu juga berjaya dikeluarkan dengan bantuan trak tunda.

“Sungai ini baru dilebarkan dan didalamkan sedalam lima meter, tetapi mangsa terjatuh di tebing sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian, hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Subhi Mohd Shukor, 30, berkata, pada mulanya, kereta mangsa dilaporkan terbabas di sebelah kiri sebelum terjunam ke Sungai Santap.

Katanya, kereta itu tenggelam perlahan-lahan dan mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal sebelum ditemukan lemas.

“Ketika itu, abang ipar mangsa mengekori kereta dipandunya malah menyaksikan kejadian terbabit,” katanya.

Related Posts

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, Thailand semalam dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM