MCMC terima lebih 800 aduan salah guna media sosial – Gerald Rentap

KUCHING – Bermula Januari sehingga Julai 2024, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima lebih 800 aduan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia.

Aduan melibatkan pelbagai jenis kes seperti kes buli siber, penipuan dalam talian ‘scammer’ dan lain-lain lagi.

Menurut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka menerima laporan kes hampir setiap hari dan laporan ini semuanya masih dalam siasatan.

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, masalah penggunaan media sosial dalam kalangan belia bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak agensi, malah ia juga meliputi tanggungjawab bersama termasuk ibu bapa dan masyarakat.

“Yang penting, pendedahan yang diberikan kepada anak-anak kita supaya mereka akan lebih bijak dalam mengendali dan menilai perkara yang betul mahupun yang salah.

“Jangan menunggu kesilapan berlaku baru kita nak panggil polis ataupun buat laporan kepada MCMC”, kata Gerald Rentap dalam sidang media Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Bagi Sidang II, Penggal ke-34, sesi 2023-2024 tahun 2024 di Hotel Imperial Kuching pada Khamis.

Beliau juga yakin sekiranya ada penambahbaikan dalam undang-undang yang melibatkan platform media sosial, kemungkinan ia dapat membantu untuk membendung masalah penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia.

“Bagi saya mungkin kita dapat menambah baik undang-undang ini. Sebagai contoh, sekiranya pengguna tersebut berkata sesuatu, mereka harus bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut.

“Kita akan menyuarakan perkara ini supaya tanggungjawab itu harus dipikul oleh pelakunya,” ujarnya lagi.

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak merupakan persidangan intelektual dalam kalangan pemimpin pertubuhan belia peringkat negeri bersama-sama wakil kepimpinan kerajaan negeri dan wakil jabatan dan agensi.

Ia juga bertujuan membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu