Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, Thailand semalam dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan pagi tadi.

Mangsa, Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, dibawa keluar dari Hospital Ratchanakarin, Narathiwat sebelum diserahkan kepada pihak Malaysia di Kompleks Kastam dan Imigresen Sungai Golok kira-kira pukul 8.30 pagi.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, kedua-dua mangsa dibawa menggunakan ambulans dari Malaysia ke Kota Bharu untuk menerima rawatan lanjut.

Dalam kejadian semalam, SUV Proton X50 yang dinaiki mangsa dipercayai terkena letupan bom buatan sendiri yang ditanam di tepi jalan berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai.

Akibat letupan itu, kedua-dua mangsa cedera dan menerima rawatan awal di Hospital Daerah Tak Bai sebelum dipindahkan ke Kelantan hari ini.

Foto: Kosmo

Related Posts

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan merampas 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan, bernilai RM55,079.20, menerusi serbuan serentak di tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse