Perak bakal tubuh jawatankuasa khas pantau, pulih akidah pengikut GISBH

GOPENG – Kerajaan Negeri Perak akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau dan memulihkan akidah pengikut Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu pada persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang akan dilangsungkan dalam tempoh terdekat ini.

Jelasnya, perbincangan secara menyeluruh diperlukan dan tidak boleh dilaksanakan secara satu demi satu kes (case by case).

“Kita akan berbincang terlebih dahulu berkenaan isu ini dalam masa terdekat sebelum tindakan dilaksana. Ini adalah kes yang terlebih dahulu melibatkan al-Arqam, Rufaqa tapi kita akan bawa ke dalam mesyuarat majlis perunding dan dalam majlis persidangan agama Islam negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Terra Mineral Lab Sdn Bhd dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (coE) di kawasan Perindustrian Gopeng, di sini , pada Khamis.

Turut hadir, Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Anuar Zainal Abidin.

Mengulas lanjut, Saarani menjelaskan, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin depan untuk mempersembahkan hasil laporan penuh yang dibuat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkaitan kepercayaan dan ajaran dalam syarikat (GISBH) berkenaan.

“Insya-Allah minggu hadapan saya akan menghadap Sultan Perak untuk mempersembahkan kepada tuanku laporan yang telah diberikan oleh JAIPk berhubung isu ini,” tambah beliau.

Semalam, Kerajaan Negeri Johor menerusi kenyataan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemurniaan GISBH dalam usaha memulihkan akidah mereka yang terlibat.

Jawatankuasa yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ke-275 itu berperanan merangka gerak kerja pemulihan akidah mereka yang terlibat dengan GISBH di negeri Johor.

Sebelum ini, media pernah melaporkan, sehingga 26 September lalu, seramai 55 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berjaya diselamatkan susulan serbuan Op Global membabitkan rumah amal kendalian GISBH di Perak.

Related Posts

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, Thailand semalam dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM