IPD Penampang tahan empat lelaki, rampas dadah methamphetamine

PENAMPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menahan empat lelaki warga tempatan disyaki terlibat kegiatan mengedar dadah di daerah berkenaan pada Selasa.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Penampang dalam kenyataannya berkata, tangkapan yang dibuat kira-kira pada pukul 12 tengah hari itu merampas dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM750.

“Hasil pemeriksaan polis terhadap suspek, satu peket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 5.30 gram ditemui dalam simpanan suspek.

“Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 33 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine (meth) dan amphetamine (amp) melalui hasil ujian saringan air kencing.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali mengikut siasatan kes Seksyen 39 A (1) dan Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum denda tidak lebih RM 5,000 atau penjara maksimum dua tahun,” katanya dalam kenyataan itu pada Rabu.

Justeru, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah agar segera menghubungi balai polis yang berhampiran.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar