Fahmi sedia jadi orang tengah isu portal berita tak bayar gaji

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sedia menjadi perantara berhubung isu sekumpulan wartawan dua portal tempatan yang menuntut tunggakan gaji selama beberapa bulan daripada pihak majikan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan bersama Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geram) semalam yang menyatakan solidariti bersama kumpulan wartawan tersebut.

“Saya mengikuti isu dibangkitkan NUJ dan Geram semalam mengenai organisasi media yang tidak melunaskan gaji.

“Saya difahamkan telah enam bulan berlalu, para wartawan masih belum mendapat pampasan atau gaji mereka.

“Saya rasa ini tidak boleh diterima. Ini sangat tidak berpatutan. Kita nak bebaskan media.

“Tapi media itu bukan percuma. Organisasi itu perlu lunaskan tunggakan selama ini

“Jadi, organisasi wajib melunaskan tunggakan bayaran gaji para pekerja. Saya sedia jadi perantara,” katanya.

Fahmi menjelaskan kerajaan sebelum ini memberi bantuan kepada kumpulan wartawan itu dari segi kebajikan.

Terdahulu dalam kenyataan semalam kedua-dua pertubuhan itu memaklumkan kegagalan membayar gaji serta lain-lain caruman yang menjadi tanggungjawab majikan adalah kesalahan mengikut Akta Pekerja 1955.

Katanya, ia juga jelas satu bentuk penindasan serta mencerminkan kelemahan pengurusan di pihak majikan.

Sehubungan itu, NUJ dan Geram menyeru pihak majikan segera melunaskan semua tunggakan seperti dijanjikan supaya para pekerja media terlibat dapat menentukan hala tuju masa hadapan masing-masing.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penekanan AI dalam Belanjawan 2027 langkah strategik pacu ekonomi digital

KUALA PERLIS – Penekanan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Belanjawan MADANI 2027 mendapat sokongan penggiat industri teknologi yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara