Negeri Perak perkasa sektor pertanian seiring pembangunan industri – Saarani

IPOH – Meskipun negeri Perak dilihat banyak memberi tumpuan kepada sektor industri, namun kerajaan negeri tidak pernah melupakan sektor pertanian yang sememangnya menjadi tulang belakang ekonomi negeri sejak dahulu lagi.

Kedua-dua sektor terbabit diberi perhatian seimbang kerana untuk menjadi sebuah negeri yang progresif, negeri Perak perlu memanfaatkan kekuatan yang ada dengan memacu sektor industri dan juga memperkasa sektor pertanian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pertanian terus menjadi tunjang kepada pembangunan di negeri ini dalam berdepan landskap ekonomi yang semakin moden dan berdaya saing.

Ujar beliau, sektor pertanian bukan sahaja menyediakan sumber makanan yang mencukupi, malah menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negeri khususnya dalam menyokong kehidupan masyarakat luar bandar.

“Walaupun sektor industri yang semakin pesat berkembang lebih diberi tumpuan, namun kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa sektor pertanian adalah penyumbang utama kepada kestabilan makanan negara.

“Ia berperanan penting dalam memastikan kelestarian sumber semula jadi serta menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran melalui peluang pekerjaaan yang ditawarkan kepada rakyat,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sanjung Budi Tahun 2024 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Pertanian Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Isnin.

Menurut Saarani, kerajaan negeri percaya bahawa pertanian moden dan mampan mampu menjadi sektor menguntungkan sekiranya digabungkan dengan teknologi baharu, inovasi serta strategi pemasaran yang berkesan.

Tambahnya, dengan cara itu sektor pertanian akan terus menjadi kompenan penting yang melengkapi pembangunan industri dan sektor ekonomi yang lain.

“Kerajaan Negeri Perak melalui pelan Perak Sejahtera 2030 telah menetapkan agenda Sekuriti Makanan sebagai salah satu agenda utama,” ulasnya.

Jelas Saarani lagi, ia merupakan sebahagian daripada usaha jangka panjang bagi memastikan Perak sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Terutamanya dalam aspek kecukupan makanan dengan memastikan Perak mampu menjadi negeri pengeluar makanan yang mencukupi dan berkualiti tinggi untuk rakyat,” tambahnya.

Terdahulu, seeramai 24 orang pesara negeri dan persekutuan Jabatan Pertanian Negeri Perak bersama 29 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 diraikan.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun