Jumlah mangsa banjir di Kedah makin menurun

ALOR SETAR – Daerah Baling menjadi daerah baharu terjejas banjir di Kedah, namun demikian jumlah mangsa banjir telah menurun kepada 1,114 orang daripada 359 keluarga dan berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4.30 petang pada Selasa.

Berdasarkan laporan Info Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu menurun berbanding 1,332 orang daripada 426 keluarga pada malam Isnin.Seramai 263 mangsa daripada 95 keluarga di daerah Baling telah ditempatkan di lima buah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Malau, SK Seri Bayu dan Dewan Orang Ramai Banggol Derom.Daerah Pokok Sena masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu dengan 459 orang daripada 145 keluarga yang masih berlindung di PPS Surau Desa KEDA Derang, Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, SK Bukit Hijau Mukim Derang, dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam.Sementara itu, di daerah Kota Setar pula, seramai 392 mangsa daripada 119 keluarga ditempatkan di tiga buah PPS iaitu PPS SK Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas, dan SMK Alor Merah.Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 4 petang pada Selasa, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR serta Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di Kota Setar, telah melepasi paras bahaya.

Related Posts

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa