Kerajaan Perpaduan kuat kurangkan suhu 3R – Puad

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan yang kuat akan mengurangkan suhu isu kaum, agama dan raja (3R). Apakah itu isyarat pengundi Nenggiri dan juga Mahkota?

Apakah dua PRK tersebut isyarat untuk PRU16, soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi.

“Isham Jalil sahaja yang tidak mahu terima isyarat tersebut. Masih lagi dengan ideologi “No DAP”.

“Hairannya kenapa Bersatu guna pakar kempen atas kertas macam Isham. Bukankah Radzi Jidin ada. Dia ori. Isham pula orang buangan UMNO,” tempelak Puad.

Menurut beliau, begitu juga jika pemimpin UMNO membuktikan kerjasama UMNO-DAP tidak merugikan Melayu dan Islam dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil jalan seimbang maka Kerajaan Perpaduan tambah kuat. Ia ancaman pada Perikatan Nasional (PN).

Menyorot maklum balas selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Puad yang juga Speaker DUN Johor memuji Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi reaksi ‘gentleman’ berbanding Pas.

“Nampaknya Muhyiddin ‘gentleman’. Dia kata “kita terima isyarat Mahkota dengan berlapang dada dan ambil langkah segera baiki prestasi parti.”

“Pemimpin Pas pula diam diri. Akhbar rasmi Pas, Harakah Daily berkata, Mahkota tidak beri kesan negatif pada PN di peringkat nasional. Pas ada sindrom ‘denial’. Mungkin Pas yakin tidak ada kesan pada parti itu. Kesan buruk hanya pada Bersatu. Walhal Pas kalah teruk di Nenggiri.

“Tetapi komen Presiden Gerakan lebih terbuka. Dominic Lau amat bimbang pengaliran balik undi Melayu kepada BN di PRK Nenggiri dan Mahkota,” ulas Puad.

Menurut ADUN Rengit itu lagi, ia trend baru pengundi Melayu pada UMNO.

“Nenggiri majoriti Melayu dan luar bandar. Mahkota pula kawasan campuran dan bandar. Tetapi UMNO menang besar.

“Walaupun peratus keluar mengundi rendah tetapi majoriti 20,609 adalah luar biasa. Mungkin majoriti tambah besar jika peratus keluar mengundi lebih tinggi.

“Dominic menekankan jika kerjasama UMNO-DAP berterusan ke PRU16, landskap politik negara secara ketara akan berubah,” katanya.

Related Posts

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang menolak sentimen perkauman dan agama disaran meneladani diplomasi serta fleksibiliti Perjanjian Hudaibiyah dengan bersedia ‘duduk semeja’ mengadakan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM