Tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan ekzos bising, asap hitam – JAS

PADANG BESAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan pelepasan asap hitam dan tahap bunyi ekzos.

Pengarah JAS Perlis, Jamal Affendy Shahar menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang melanggar peraturan tersebut.

“Kenderaan yang gagal dalam ujian pengukuran asap hitam dan bunyi bising akan dikenakan tindakan tegas seperti kompaun serta pendakwaan di mahkamah,” katanya ketika ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, satu operasi bersepadu JAS bersama
polis Padang Besar dilaksanakan di Kilimeter 24, Jalan Padang Besar-Chuping, bermula pada pukul 10 pagi.

Menurut Jamal Affendy, dalam operasi tersebut JAS menjalankan pemeriksaan pelepasan asap hitam ke atas 32 buah kenderaan pelbagai jenis.

“Semua kenderaan yang diperiksa didapati mematuhi had pelepasan yang ditetapkan, iaitu tidak melebihi 50 peratus di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

“Selain daripada pemeriksaan pelepasan asap hitam, pihak JAS turut menjalankan ujian tahap bunyi bising ekzos motosikal,” jelasnys.

Pengukuran tersebut dilakukan menggunakan alat meter bunyi yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

Tambahnya, hasil daripada operasi ini, polis Padang Besar turut mengeluarkan 36 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas kepada kenderaan yang diperiksa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas kerjasama erat yang berterusan dalam memastikan kenderaan di jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam