Lima rentung dalam kebakaran rumah setinggan

KOTA KINABALU – Lima rentung dalam kebakaran rumah setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, anggaran umur mangsa rentung adalah 3 hingga 14 tahun.

“Terdapat lima orang mangsa dilaporkan rentung dan dua buah kenderaan terbakar 100 peratus.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus termasuk sebuar stor dan kedai runcit,” katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari sepasukan 13 anggota dari BBP Lintas, 14 anggota dari BBP Kota Kinabalu dan enam anggota BBP Putatan diketuai oleh Komander Operasi PKPgB Agustavia Joe Gausi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi terkawal pada pukul 1.29 petang dan pasukan Bomba masih memadam bara-bara api dan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan mangsa terlibat,” jelasnya.

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar