Tiada agenda politik tersembunyi dalam tangani fahaman pelampau, keganasan

PUTRAJAYA – Tiada agenda politik kepartian tersembunyi dalam Kerajaan Perpaduan bagi menangani sentimen serta fahaman pelampau dan keganasan yang semakin berleluasa di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, doktrin pelampau yang masuk ke Malaysia menerusi fahaman terorism dari negara luar amat membimbangkan sehingga mampu membawa kepada perpecahan kaum.

“Tiada agenda politik kepartian melibatkan keselamatan negara, bukan sekat kebebasan, memungkinkan (jika tidak dilaksana) negara akan kacau-bilau. Justeru, ia harus dihentikan.

“Masyarakat harus diberi kefahaman. Ini harus didedahkan kepada rakyat mengapa perlunya undang-undang larangan ke arah kebebasan, bukan mengekang kebebasan,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah Dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

MyPCVE dilaksana bagi memenuhi saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mencadangkan agar semua negara anggota mempunyai pelan tindakan sendiri bagi mencegah dan mennangani fahaman pelampau keganasan.

Pelan itu mengandungi empat teras utama iaitu, pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan yang menggariskan inisiatif untuk dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, jika perkara ini jika tidak dicegah dari awal, perpaduan negara akan menjadi retak yang sukar untuk ia dipulihkan semula, selain ekonomi akan menjadi kacau-bilau.

“Pihak berkuasa tahu betapa payah nak pulihkan kefahaman terhadap mereka yang taksub terhadap sesuatu perkara. Untuk pihak pelampau pun nak serap perkara itu ambil masa. Jadi, (jika perpecahan) berlaku, ia ambil masa untuk dipulihkan semula.

“Sehubungan itu, wajar dipantau, khususnya di sekolah dan jabatan-jabatan agar tidak jadi penyakit menular dalam kalangan masyarakat kita. Jika tidak dilaksana awal, kita akan dikejutkan dengan tindakan keganasan seperti mana kita lihat di banyak tempat,” katanya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat