Projek bina jalan Kanowit-Kapit disegerakan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi keutamaan bagi pembinaan beberapa projek jalan di Bahagian Kapit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, antaranya ialah projek pembinaan jalan menghubungkan Nanga Semaram di Kanowit ke Kapit, sejauh 72 kilometer.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata fasa pertama pembinaan jalan itu dijangka bermula tahun hadapan dan beliau sudah meminta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk menyegerakannya.

“Saya minta Alexander (Nanta Linggi) untuk mulakan persiapan (pembinaan) tahun ini, agar kita boleh mula segera.

“Tahun depan kita (sediakan) peruntukan untuk mula fasa satu dan saya percaya selewat-lewatnya akhir tahun depan atau tahun 2026 (pembinaan bakal bermula),” katanya berucap pada majlis ramah mesra pemimpin komuniti masyarakat Kapit, Sarawak, hari ini.

Selain Nanta, program diadakan di Dewan Suarah Kapit itu turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas peranan Sarawak dalam Malaysia, Anwar berkata kejayaan dikecapi Bumi Kenyalang kini juga adalah kejayaan buat negara.

“Sarawak pada 30… 40 tahun yang lepas adalah antara negeri paling miskin (di Malaysia), tetapi sekarang Sarawak dianggap sebagai negeri berpotensi dan mempunyai kekuatan… terutama dalam bidang tenaga.

“Kejayaan Sarawak ini adalah kejayaan kita semua, kerana apa yang Sarawak capai boleh dinikmati oleh semua,” katanya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP