GISB Holdings tak pernah bayar zakat

PUTRAJAYA – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Fikri Naim Harun berkata, walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISBH, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISBH dan anak syarikatnya.

“Terdapat lebih 20 syarikat berkaitan GISBH yang ada dalam senarai kami, yang kami semak tidak membuat sebarang bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor.

“Kami juga tidak dapat menentukan jumlah zakat yang GISBH serta anak syarikat mereka perlu bayar, kerana tidak pernah menerima sebarang maklumat berkaitan aset serta liabiliti yang mereka ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Karnival Zakat Selangor 2024 di Dataran Stadium Shah Alam, hari ini.

Mohd Fikri Naim berkata, jumlah bayaran zakat perniagaan biasanya ditaksir selepas LZS menerima maklumat berkenaan aset dimiliki serta liabiliti ditanggung syarikat berkenaan.

Ditanya sama ada tindakan perundangan boleh dikenakan terhadap GISBH kerana tidak membayar zakat, Mohd Fikri Naim berkata, terdapat peraturan dan undang-undang di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang memperuntukkan hukuman penjara serta denda kepada pihak yang sengaja tidak membayar zakat kepada LZS.

Katanya, berdasarkan enakmen itu serta Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012, mereka yang sengaja tidak membayar zakat atau sengaja tidak membayar zakat kepada LZS, boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP