Operasi TDM berjaya tumpaskan penyeludupan daun ketum

PADANG TERAP – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan daun ketum di sempadan Malaysia-Thailand pada 25 September lalu.

Menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia, kejadian itu berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Pada 25 September jam 10.30 malam, pasukan beroperasi telah berjaya mengesan dan menahan lima lelaki yang menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan melalui laluan di sempadan sebelah Malaysia.

Hasil pemeriksaan didapati bahawa dua daripada tiga kenderaan itu dipenuhi dengan muatan 120 beg plastik hitam yang mengandungi daun ketum seberat 1,200 kilogram.

Kesemua daun ketum tersebut cuba dibawa keluar dari Malaysia ke Thailand melalui laluan tidak sah.

Kelima-lima lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia berumur 19 hingga 45 tahun.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan daun ketum termasuk tiga kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pejero, Nissan Navara dan Isuzu D-Max.

Di samping itu juga lapan telefon bimbit pelbagai jenama dan lain-lain barangan peribadi adalah berjumlah RM327,572,13.

Kesemua barang rampasan dan suspek telah diserahkan kepada pihak polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran