Asyraf Wajdi ‘terjah’ Dewan Selera MRSM Mersing

PUTRAJAYA – Satu pemeriksaan mengejut dilakukan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mersing, Johor bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah dihadapi pelajar di situ.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau hanya memaklumkan kepada pengetua sejam sebelum tiba di sekolah berkenaan.

“Secara umumnya saya berpuas hati dengan tahap kebersihan dan penyediaan makanan.

“Walaupun bab ikan sahaja kecil dan tak sampai berat 130 gram seperti disyaratkan, namun pengusaha maklumkan mereka akan berikan dua ketul ikan jika bersaiz kecil.

“Saya sudah minta wakil pelajar dan pelajar MRSM Mersing untuk laporkan terus kepada saya jika apa dijanjikan pihak Dewan Selera tidak dikota,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Asyraf memaklumkan, beliau sempat melawat asrama putera dan puteri termasuk melihat keadaan tandas.

Ujarnya, terdapat tandas yang mengalami kerosakan seperti pintu dan pili.

Arahan sudah dikeluarkan supaya ia dibaiki dalam tempoh dua minggu.

“Saya sengaja pilih waktu pelajar balik kelas dan bersedia untuk makan tengah hari supaya dapat tanya sendiri pelajar maklum balas mengenai keadaan dewan selera, asrama, tandas dan keseluruhan suasana di MRSM.

“Saya bagi masa sebulan untuk pengurus dewan selera selesaikan masalah lain seperti kekurangan sabun,” katanya.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar