Akta kawalan produk rokok, vape dikuat kuasa 1 Oktober

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula bulan depan.

Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

KKM menerusi media sosial memaklumkan, peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan TERMASUK rokok elektronik.

Akta 852 diwartakan pada Februari lalu sehingga kini masih belum dikuatkuasakan walaupun pada mulanya diumumkan akan dilaksanakan pada Jun dan kemudiannya ditangguhkan pada Ogos.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah KKM mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu adalah dalam usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Dr Dzulkefly berkata, kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun, sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas.

Kementerian sebelum ini dikritik kerana tanpa penguatkuasaan Akta 852, peraturan untuk mengharamkan penjualan vape kepada kanak-kanak tidak dapat dikuatkuasakan.

Ini berlaku selepas perintah untuk mengeluarkan nikotin yang digunakan dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai bahan terhad mengikut Akta Racun.

Related Posts

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

AYER KEROH – PKR diseru untuk tidak lagi terperangkap dengan sentimen politik identiti dan perkauman yang dimainkan pihak lawan demi mencipta persepsi negatif terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

AYER KEROH – Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan dakyah pihak lawan yang cuba menggambarkan kerajaan serta parti itu sebagai gagal melaksanakan agenda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony