Calon BN yakin tiada protes pengundi Cina, cuma pengundi luar mungkin tak balik

KLUANG – Barisan Nasional (BN) yakin tidak berlaku isu protes pengundi Cina dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, sebaliknya ia lebih menjurus kepada isu kelompok pengundi luar.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, beliau tidak melihat isu protes yang digembar-gembur itu sebagai isu besar kerana bersandarkan keyakinan terhadap maklum balas positif daripada masyarakat Cina yang disantuni sepanjang tempoh berkempen setakat ini.

Ketua Pemuda UMNO Kluang itu berkata, kebimbangan yang wujud adalah berkaitan kekangan pengundi luar untuk pulang mengundi memandangkan tiada cuti khas untuk PRK Mahkota.

“Saya lihat sepanjang kempen saya bersama dengan masyarakat Tionghua, mereka memberi sokongan yang sangat baik.

“Apa yang dimaksud dengan Cina tak keluar (undi) ini adalah mereka tidak pulang… kerana (untuk) PRK (pilihan raya kecil), ada sesetengah majikan tidak memberi cuti, tidak seperti PRU (pilihan raya umum). Jadi itu sahaja.

“Tetapi untuk Cina di lokaliti ini, saya berpendapat, mereka akan memberi sokongan yang cukup padu (untuk PRK) kali ini,” katanya ketika ditemui pada Program Sembang Santai Petang Bersama Gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Kluang, di PDM Kampung Melayu 1, pada Ahad.

Syed Hussien berkata demikian mengulas pendekatan yang akan dibuat bagi menarik pengundi Cina keluar mengundi susulan ura-ura wujudnya gerakan protes pengundi Cina yang enggan keluar mengundi dalam PRK DUN Mahkota 28 September ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, BN akan meneruskan kempen berkonsepkan ‘keluarga besar’ tanpa mengabaikan mana-mana kaum.

“Kami tidak akan meninggalkan setiap bangsa. Kita akan seimbangkan konsep kempen kita,” ujar Syed Hussien lagi.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok