Tekun Nasional salur pembiayaan RM98.9j bantu usahawan informal, mikro di Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menyalurkan pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah berkenaan melebihi sasaran iaitu RM84.5 juta.

“Pembiayaan RM98.9 juta itu termasuk RM1.91 juta yang disalurkan kepada 480 usahawan yang berniaga di Pasar Tamu.

“Tekun Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata sejak diwujudkan pada 1998 sehingga kini, Tekun Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 587,216 usahawan yang bernilai RM9.7 bilion di seluruh negara.

“Manakala bagi negeri Sabah, Tekun Nasional telah menyalurkan RM1.1 bilion kepada 64,313 usahawan bagi tempoh yang sama melalui 25 pejabat Tekun Cawangan,” katanya.

Tambahnya, pembukaan pejabat Tekun Sabah di lokasi baharu ialah langkah memperkukuh kedudukan serta memberi manfaat kepada para usahawan bagi seluruh Sabah khususnya di Kota Kinabalu.

Ujar Ewon, ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan dan beliau yakin Tekun Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro di seluruh negara.

Related Posts

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40% hak negeri

KUNAK – Tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih hak Sabah dan isu yang masih belum diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperjuangkan oleh Kerajaan Sabah. Ketua Menteri Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40% hak negeri

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40% hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16