Gaji tertunggak, kapten bola Kedah terpaksa jalan kaki

ALOR SETAR – Kegagalan KDA FC membayar gaji menyebabkan kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde terpaksa berjalan kaki dari kediamannnya menuju ke pusat latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) .

Menurut pemain import kelahiran Haiti itu, dia berjalan kaki sejauh enam kilometer dalam hujan disebabkan masalah tunggakan gaji.

“Anda boleh lihat sendiri saya datang ke padang latihan hari ini dengan berjalan kaki kerana kekurangan duit untuk mengisi petrol kereta saya dan saya akan pulang ke rumah juga dengan dengan cara yang sama walaupun dalam keadaan cuaca hujan.

“Semua sudah tahu isu tunggakan gaji ini begitu perit untuk saya lalui sejak berbulan yang lalu dan kini saya masih berkorban untuk kembali hadir dan berlatih bersama pasukan bagi meneruskan perjuangan pasukan dalam saingan Liga Super Jumaat ini untuk menentang Sri Pahang FC (SPFC) di laman sendiri.

“Sudah lama saya terpaksa berkorban untuk pasukan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Apabila keadaan tunggakan gaji masih berlarutan, saya terpaksa hadapi kehidupan dalam serba kekurangan hinggalah apa yang kamu lihat hari ini,” kata Norde sebaik tamat latihan di Stadium Sultan Abdul Halim petang semalam.

Menurut Norde, dia amat mengharapkan isu kewangan yang melanda pasukan ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan perjuangan pasukan dapat diteruskan dengan lancar seperti yang diharapkan semua pihak.

“Kini kami kembali menjalani latihan bagi mempersiapkan perancangan untuk beraksi menentang SPFC di Stadium Darul Aman Jumaat ini atas dasar semangat untuk bangkit buat pasukan, dan pada masa yang sama sudah pasti kami juga amat mengharapkan pihak pengurusan dapat menyelesaikan isu tunggakan gaji kami dengan secepat mungkin.

“Saya dan pasukan bersedia untuk beraksi menentang SPFC Jumaat ini dan kami tidak rela Kedah terus keciciran mata selepas tewas kepada KL City selepas diwakili pemain bawah 23 tahun pada Sabtu lalu,” katanya .

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

SHAH ALAM – Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya 80 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung dalam tempoh 19 hari lagi. Menteri Besar Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hanis Alimin, Mohamad Qayyum sepakat berpolitik secara sihat di DUN Senaling

Hanis Alimin, Mohamad Qayyum sepakat berpolitik secara sihat di DUN Senaling

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup