Pas Kluang boikot calon Bersatu Mahkota?

KLUANG – Sepanjang lima hari gerak kerja kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota nampaknya kebersamaan calon Bersatu, Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan dan jentera Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas Kluang kelihatan ‘dingin’.

Ini bersandarkan ketidakhadiran jentera Pas Kluang terutamanya ketika siri ceramah, walk-about dan aktiviti menyantuni pengundi Coach Haizan sepanjang lima hari berkempen.

Desas-desus yang tersebar mendakwa berlakunya perselisihan di antara Bersatu dan Pas apabila calon jelmaan Bersatu daripada Pas kalah teruk di Nenggiri baru-baru ini.

Pun begitu, calon PN di DUN Mahkota ini menepis tuduhan kononnya Pas Kluang memboikot kempen beliau.

“No komen. Bukan no komen. Ada dia (jentera Pas) bantu, siapa cakap tak ada bantu? Pas Kluang, daerah, negeri, Pas negara (pusat) pun ada.

“Tadi saya jumpa Pas Terengganu. Siapa cakap tak bantu? PN, Pas bersama Bersatu sama-sama bantu membantu.

“Kalau cakap tak bantu (kempen) tu bohong,” tegas Coach Haizan ketika ditemui media di Taman Sri Kluang pada Rabu.

PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Calon BN diwakili Syed Hussien Syed Abdullah, 40, menentang calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, 61.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas