Jangan tunggang isu 3R, PN perlu kempen guna kekuatan sendiri

KLUANG – Parti Perikatan Nasional (PN) perlu berkempen secara berhemah tanpa menunggang isu 3R (kaum, agama dan raja) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpendapat kempen seharusnya dijalankan menggunakan kekuatan parti bukannya isu-isu sensasi bagi meraih undi.

“Kali ini kita berkempen di DUN Mahkota, sepatutnya kita berkempen menggunakan kekuatan masing-masing dan kekuatan itu harus kita jadikan sebagai cara untuk kita mendapatkan undi daripada pengundi-pengundi di kawasan ini.

“Penggunaan isu 3R itu saya harap tidak digunakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

“Sebagai orang Johor, kita mempunyai cara tetapi dalam masa yang sama kita mengalu-alukan kehadiran untuk datang. Tetapi bagi Barisan Nasional, parti ini tidak menggunakan isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Taman Ilham di Kluang Johor.

Terdahulu, PN dilihat sudah mula menggunakan 3R sebagai modal untuk kepentingan peribadi di PRK DUN Mahkota apabila Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika berkempen membuat tuduhan bahawa Malaysia bakal jatuh ke tangan kaum Cina berikutan kewujudan projek Forest City yang memberikan manfaat kepada golongan berkenaan.

Ceramah berkenaan jelas berunsur perkauman sekaligus menunjukkan PN gagal mematuhi saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi agar berkempen cara Johor.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, Wanita UMNO menerima dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan yang memilih Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon terbaik untuk mewakili parti di DUN Mahkota.

“Tiada protes (terhadap calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah), insya-Allah kita akan menang.

“Sudah semestinya (yakin) calon ini (Syed Hussien) kita tengok ada kredibiliti , sangat muda, ada kelebihannya tersendiri, boleh berkomunikasi bukan saja dalam bahasa Malaysia tetapi juga dalam bahasa Mandarin dan bahasa lain

“Itu adalah nilai tambah kepada dirinya. Kami sebagai jentera parti sudah semestinya akur dan kita seperti biasa terus bekerja untuk membantu memenangkan calon di DUN Mahkota.

Ujarnya, Wanita UMNO akan terus komited bukan saja jentera tempatan tetapi jentera daripada Parlimen dan bahagian lain berkampung di Mahkota ini bagi membantu sepanjang kempen.

Related Posts

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

PEMUDA DAP (DAPSY) mempersoal kegagalan Pas menoktahkan isu perjudian ketika ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun perkara berkenaan sekian lama menjadi antara perjuangan parti itu. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab