‘Jangan guna simpati arwah mak saya sebagai bahan kempen PN’

KLUANG – Anak sulung bekas Adun Mahkota, Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar mengingatkan Tan Sri Annuar Musa untuk tidak menggunakan elemen simpati terhadap Allahyarhamah ibunya sebagai bahan kempen Perikatan Nasional (PN).

Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar sebaliknya menegaskan, tetap bersama Barisan Nasional (BN).

Kenyataan ini sebagai respon kepada hantaran di Facebook Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya PN, Annuar yang berencana akan menganjurkan majlis tahlil kepada Allahyarhamah Sharifah Azizah yang dijangka pada 24 September ini.

“Bila ni? Saya sebagai anak sulung Datuk Sharifah Azizah Syed Zain tak tahu pun.

“Saya mohon jasa baik tidak gunakan simpati arwah mak saya sebagai bahan kempen.

“Kami tetap bersama Barisan Nasional dan kami sekeluarga menghormati pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi,” tegasnya.

Dalam pada itu, anak sulung Sharifah Azizah itu mengingatkan pembangkang untuk menjaga sensitiviti keluarga.

“Saya akan meneruskan perjuangan Ummie bersama Umno dan BN.

“Sedih lah mcm ni. Tolong la jaga sensitiviti kami sekeluarga,” katanya.

Sebelum itu, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memaklumkan mulai 22 Sept giliran turun sekali lagi ke DUN Mahkota,buat kali kedua.

“Kali ini untuk beberapa hari kerana banyak program yg di atur.

“Insya-Allah beberapa siri ceramah dan perjumpaan berkelompok juga sudah diatur bersama Isham Jalil,Tan Sri Noh Omar,Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Insya-Allah majlis tahlil khas buat Allahyarhamah bekas ADUN Mahkota dan maulud akan di adakan pada 24hb Sept dengan kerjasama keluarga Allahyarhamah,” catat Annuar.

Related Posts

Dulu fitnah lawan politik, kini Pas menghina sahabat Nabi SAW

SEMAKIN hari, semakin sukar untuk menafikan bahawa sebahagian budaya politik Pas hari ini bukan lagi bergerak atas amanah ilmu, fakta dan data, akhlak Islam atau integriti politik, tetapi semakin tenggelam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Pahang gesa pihak berkuasa agama siasat Nik Zawawi

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa pihak berkuasa agama menyiasat iktikad Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi dibuatnya terhadap sahabat nabi Muhammad SAW,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat