Pesuruhjaya Pas Pahang tak faham isi kandungan MoU

KUANTAN – Pendirian Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar dalam isu penolakan memorandum persefahaman (MoU) antara pembangkang dan Kerajaan Perpaduan adalah mengelirukan.

Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, kenyataan dibuat Rosli itu menunjukkan seolah-olah beliau tidak membaca dan memahami kandungan sebenar MoU terbabit.

“Saya fikir beliau tak faham apa sebenarnya kandungan MoU, namun tetap mahu memberikan ulasan.

“Rosli berkata beliau setuju MoU itu ditolak dan menambah tak mungkin sebagai orang beriman sanggup menggadaikan agama, negara dan bangsa demi peruntukan.

“Jadi saya nak tanya beliau, bahagian mana dalam MoU itu yang dikatakan gadai agama, negara dan bangsa,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mohd Fadzli turut mempersoalkan ulasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu berkaitan hak asasi manusia dalam Islam bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja.

“Saya teliti ayat demi ayat dalam MoU berkenaan yang kononnya seperti mahu iktiraf LGBT atau membuang hak istimewa orang Melayu atau membuang Islam sebagai agama rasmi.

“Namun, saya tidak nampak (jumpa) perihal itu yang seperti difahami oleh Rosli.

“Saya rasa perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika beliau memahami terlebih dahulu kandungan MoU sebelum memberikan komen,” ujarnya.

Mohd Fadzli turut mengingatkan Rosli bahawa MoU dicadangkan Kerajaan Perpaduan adalah hampir sama dengan kandungan MoU dipersetujui pembangkang ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam