Jeffridin lengkapkan misi berjalan kaki 150km untuk kumpul dana bina telaga tiub air penghuni SFI

SIPITANG – Penghuni Sabah Forest Industries (SFI) Sdn Bhd, Jeffridin Daudi, 52, melengkapkan misinya untuk berjalan kaki sejauh 150 kilometer (km) sempena Hari Malaysia bagi mengumpul dana untuk pembinaan telaga tiub air.

“Saya sangat bersyukur telah menyelesaikan misi untuk mendapatkan dana dari orang awam sepanjang berjalan kaki sejak 12 September dan berakhir semalam (16 September), bagaimanapun dana yang terkumpul setakat ini sepanjang lima hari itu hanya di bawah RM1000.

“Sepanjang lima hari itu ada persinggahan di Papar, Kimanis, Beaufort dan sudah tentu banyak cabaran antaranya dikejar anjing liar, enam kuku jari hampir tercabut selain turut berdepan keadaan cuaca yang kurang baik.

“Oleh sebab itu, kami sangat berharap keprihatinan Kerajaan Negeri, NGO (Badan Bukan Kerajaan) atau orang-perseorangan datang bantu kami membina telaga air untuk kemudahan penghuni di sini (SFI),” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebagai rekod, Jeffridin memulakan misi berjalan kaki menggunakan pakaian etnik dengan menempuh perjalanan sejauh 150 km dari bulatan bangunan Menara Kinabalu dan berakhir di pintu gerbang SFI untuk pengumpulan dana pembinaan telaga tiub air.

Pada masa sama, beliau merayu agar Kerajaan Negeri dan orang perseorangan tampil memberi bantuan membina telaga tiub air untuk kemudahan penduduk.

Menurut Jeffridin, kira-kira 2000 penduduk dengan 471 ketua keluarga yang masih menetap di SFI menghadapi kesulitan tanpa prasarana asas sejak Mei 2023.

“Kami masih bertahan tinggal di sini (SFI) kerana ketiadaan tempat tujuan lain sehingga terputus bekalan elektrik dan air bersih sejak tahun lalu sehingga hari ini (setahun tiga bulan).

“Telaga ini untuk keperluan asas kami yang paling utama kerana ramai keluarga terpaksa berbelanja besar untuk membeli air dan terpaksa mengangkut air dari tempat yang jauh,” tambahnya.

Beliau berkata, kepayahan dihadapi itu juga menyebabkan penghuni SFI terpaksa berjimat air selain bergantung kepada air hujan untuk menjalankan aktiviti harian.

Mengulas lanjut berhubung isu dihadapi syarikat pengeluar kertas itu sehingga membelenggu warga SFI sejak beberapa tahun lalu sehingga kini, Jeffridin berkata, perkara itu telah diambil maklum oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga maklum, banyak perkara telah diusahakan baik dari pihak kami dan kerajaan Negeri.

“Sekiranya kami diminta untuk keluar dari SFI, kami harap dapat memohon penempatan memandangkan kami terpaksa bertahan di sini pun disebabkan kewangan kami yang terhad, ketiadaan tanah untuk bina rumah, kos sewa rumah dan berpindah yang tinggi.

“Warga SFI sememangnya warganegara dan penduduk tempatan antaranya terdiri daripada suku Murut, Kedayan, Lundayeh, Dusun dan Bajau,” ujarnya.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan