
KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan keyakinannya bahawa rakyat Malaysia mampu mendepani apa juga cabaran yang melanda selepas bersama-sama dalam kesukaran semasa pandemik Covid-19.
Mengimbau kenangan ‘hitam’ sewaktu dunia diserang Covid-19, Tengku Zafrul mengakui kagum menyaksikan keteguhan semangat rakyat Malaysia.
“Sampai sahaja di Vladivostok terus kena buat PCR test. Sebelum bertolak pun kena buat PCR test juga. Teringat kembali detik hitam bila pandemik Covid melanda negara. Kerap betul kena buat PCR test sampai rasa macam lubang hidung dah berkembang.
“Tapi semasa Covid jugalah kita dapat melihat keteguhan semangat rakyat Malaysia, membantu satu sama lain walaupun dalam kesukaran.
“Pandemik Covid meyakinkan saya, walau apa pun cabaran yang melanda, bersama kita akan mampu menghadapinya,” ujarnya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.


