Orang ramai dijemput meriahkan Festival Etnik Putatan 2024, 6-8 September ini

PUTATAN – Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Festival Etnik Putatan 2024 yang julung kali diadakan pada 6 hingga 8 September ini.

Festival anjuran Persatuan Rekreasi Tanjung Keramat Putatan dan Pejabat Daerah Putatan ini akan diadakan di kawasan Golden Centre Putatan akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Antara yang menarik dalam festival berkenaan termasuk pertandingan magagung & betitik, memasak masakan etnik, pertandingan gambus, pertandingan mewarna kanak-kanak serta pameran galeri etnik dan gerai jualan.

Selain itu, ’Battle of Gambus’ turut diadakan pada 8 September dan pendaftaran percuma disediakan bagi peserta yang berminat.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh terus ke Pejabat Daerah Putatan PDPTN, Tingkat 1, Bangunan Mini Sekretariat Daerah, Pusat Pentadbiran Daerah Putatan Jalan Pusat Bengkel JKR, Pasir Putih, Putatan atau hubungi talian 088-771501/502 atau 0126179671.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat