
PUTRAJAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan mengulas desas-desus mengenai dakwaan mengenai perkahwinan keduanya.
Menurutnya, beliau tidak mahu bercakap mengenai perkara itu.
“Saya tak nak jawab,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian selepas tamat perlawanan persahabatan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pilihan Menteri Besar Kedah di Pusat Latihan Selangor FA, Shah Alam, lewat petang tadi.
Sebelum ini, beliau secara terbuka bercakap mengenai spekulasi berkahwin dengan seorang anggota polis yang menyiasat kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
Ketika berucap pada Sidang Kemuncak SG4 pada Ahad lalu, Muhammad Sanusi memberi ‘kenyataan samar’ berhubung desas-desus perkahwinan tersebut.





