Warga tempatan dipenjara empat tahun, kemuka maklumat palsu mohon MyKad

TAWAU –  Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Tawau selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau di sini, pada Selasa.

Tertuduh Kartinadari Amai, 56, mengaku sebagai ibu semasa membuat dua permohonan kad pengenalan yang dipercayai bukan anak kandungnya.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pertama, bermula dari tarikh tangkap pada 30 Ogos 2024 manakala hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua berjalan secara berasingan.

Sehubungan itu, JPN tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku undang-undang yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi