Sukan SEA 2027 mungkin turut diadakan di bahagian lain Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Acara Sukan SEA 2027 dipertimbangkan diadakan di bahagian lain Sarawak selain Kuching.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, pihaknya mempertimbangkan susulan terdapat permintaan daripada banyak pihak.

“Majoriti acara sukan akan diadakan di Kuching memandangkan kebanyakan kemudahan terletak di Kuching,” kata beliau lagi.

Selain itu, beliau turut berbincang dengan pihak Kuala Lumpur memandangkan acara sukan ini bukan bertaraf nasional atau negeri.

“Saya tidak dapat membuat keputusan bersendirian memandangkan acara sukan itu bertaraf antarabangsa,” ujar beliau.

Bagaimanapun, beliau percaya ia bukan hanya diadakan di Kuching tetapi hampir setiap bahagian di seluruh Sarawak.

“Saya melihat ia sangat baik untuk kita memperluaskan ke bahagian lain seperti SUKMA yang lepas,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Pancaragam dan Orkestra Antarabangsa Sarawak (SIBOFest) di Bangunan Baitulmakmur II pada Isnin.

Sementara itu, beliau juga berkata kemungkinan acara sukan diadakan tidak jauh dari Kuching melainkan penerbangan Sarawak bersedia mengendalikan perkara ini.

“Saya percaya Sarawak mungkin mempunyai penerbangan sendiri menjelang 2027. Mungkin kita dapat perluaskan ke Sibu, namun ini perancangan diadakan di Kuching,” jelas beliau.

Related Posts

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

PENGURUS Chelsea, Xabi Alonso berharap pasukannya mampu mempamerkan aksi ‘membosankan’ selepas kelemahan di benteng pertahanan sekali lagi menghukum The Blues apabila sekadar seri 2-2 dengan Hull City di Stamford Bridge,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India